Monday, December 17, 2012

Permulaan yang baru


Assalammualaikum w.b.t

Buat pertama kali diri ini berjinak-jinak untuk menulis. Sekadar menulis perkongsian yang mungkin boleh dikongsikan bersama. Insyaallah. Ingin mengenali diri sendiri sebenarnya. Mungkin dengan menulis dapat mencari,mempelajari sesuatu yang baru. Diri semakin matang. Ingin melangkah untuk melakukan perubahan. Tanpa hala tuju, jadi di sini mulah satu lembaran baru untuk memulakan segalanya. Melalui pembacaan dan penulisan mungkin diri ini mampu berada dalam realiti hidup.Insyaallah...



"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."


No comments:

Post a Comment