Tuesday, December 18, 2012

Perempuan


Selamat pagi...

Syukur alhamdulillah kita diberi nafaz bila bangun tadi...:)
Tengah sarapan pagi tadi ada perbincangan sedikit sesama keluarga.
                     
                             .....  Kualiti Perempuan Sekarang.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,indah,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkokmenghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Tapi, tidak semua bunga mampu menarik sang kumbang...

Antara dibincangkan pagi tadi, kenapa dengan perempuan sekarang?apa yang menjadi bualan kami?Kualiti perempuan sekarang diluar,dipandangan mata kasar sangat indah. Cantik bila berpakaian. Cantik bila melangkah keluar rumah. Cantik bila berada diluar. Tapi bila dikaji,bila kenal,bila sudah mendirikan rumah tangga tidak secantik seperti dilihat. Tanggungjawab sebagai wanita hilang entah ke mana. Mengemas tidak pandai, memasak tidak pandai, menguruskan rumah tangga tidak pandai. Masa sembang-sembang saya jadi segan bila di katakan perempuan zaman sekarang itulah kualitinya.

Bila tengah memandu tadi muhasabah diri sekejap. Merenungi setiap bait kata-kata emak dan abang. Ada benar kata mereka. Perempuan sekarang memberikan alasan kerja. Jadi tidak sempat kemas rumah, memasak dan menguruskan rumah tangga. Bila di bagi contoh, kawan emak nad, kami kenal dari anak dia 2orang sampai anak dia 4orang sekarang. Dia bekerja di pejabat JPJ. Dia mampu mengekalkan kekemasan rumah macam dia suri rumah. Hebat betul. Rumah dia bersih. Bila di tanya "mcm mana makcik jaga rumah?kan bekerja.tak penat ke?" Lalu dia jawab "Tiap-tiap pagi makcik bangun pukul 4pagi untuk siap mengemas,sarapan dan anak-anak. balik kerja masak dan pukul 9malam makcik confirm dah tidur". Itulah tips-tips dia. Mampu ke kita lakukan macam dia?

Sama-sama kita renungkan. Bagi nad sekarang tidak boleh "judge" seseorang itu pembersih atau pengotor melalui penampilan tapi melalui pelbagai sudut. Bak kata emak "ko ingat orang pakai lawa tu pandai jaga rumah tangga ke?orang kenal kita tengok rumah tangga. Jangan nak pkai lawa je tapi rumah bersepah"......Awal-awal pagi sudah dapat syarahan..

Apa-apa pun perkongsian hari ini nad share sebagai peringatan diri sendiri dan untuk semua. Insyaallah...:)
Sama-sama kita tingkatkan kualiti masing-masing untuk jadi wanita yang hebat.


   "  Gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan      bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan yang sempurna adalah pemilik sang Pencipta kita. Manakala kecacatan dan kekurangan adalah ciptaan manusia itu sendiri.."

No comments:

Post a Comment