Sunday, June 22, 2014

Facebook inspirasi nadhir

Assalammualaikum....

https://m.facebook.com/profile.php?id=145943572266540

Pads yg dpt buss kad inspirasi nadhir boleh la like n pm kat Facebook IN k....

Tempahan setakat ni masih ditutu. Inshaallah tak lama lagi nak buka balik....;)

Thursday, December 5, 2013


Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah selepas setahun menimba pengalaman di Giatmara Simpang Ampat, Alor Gajah, melaka & Tunas Mekar UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka , pada tarikh 6 Desimber 2013 pembukaan kedai jahit sendiri. Menerima tempahan di rumah n online sahaja merupakan langkah pertama dalam dunia perniagaan. Insyaallah dengan pengalaman tidak seberapa ini saya dapat menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan-pelanggan saya....;)

Inspirasi Nadhir menerima sebarang tempahan pakaian. :

Pakaian Wanita - Baju kurung, Jubah, Dress & banyak lagi...

Pakaian Lelaki - Baju Melayu, Jubah & kemeja...

#Jom cuba sehelai#






Monday, November 4, 2013

Tudung Labuh



Assalammualaikum w.b.t.

Tudung Labuh Bidang 55 Cotton Paisley
Sangat selesa dipakai
Mudah dibentuk
Tidak Jarang

Postage

Harga : RM28 sehelai excluding postage

1) Semenanjung malaysia
a) 1-4 helai : RM7
b) 5-10 helai : RM10

2) Sarawak
a) 1-4 helai : RM10
b) 5-10 helai : RM13

3)Sabah
a) 1-4 helai : RM11
b) 5-10 helai : RM14

Berminat?????

Sila  inbox CODE TUDUNG, NAMA, ALAMAT.........0136274520...:)


                                                         
CODE : CP01

SOLD OUT


CODE : CP02

AVAILABLE


CODE : CP03

SOLD OUT


CODE : CP04

SOLD OUT


CODE : CP05

SOLD OUT


 CODE : CP06

AVAILABLE


CODE : CP07

SOLD OUT


CODE : CP08

SOLD OUT


CODE : CP09

AVAILABLE


CODE : CP10

AVAILABLE


CODE : CP11

SOLD OUT


CODE : CP12

AVAILABLE


CODE : CP13

AVAILABLE


CODE : CP14

AVAILABLE


CODE : CP15

AVAILABLE


CODE : CP16

SOLD OUT


CODE : CP17

AVAILABLE


CODE : CP18

SOLD OUT


CODE : CP19

AVAILABLE


CODE : CP01

SOLD OUT


Wednesday, December 19, 2012

Indahnya Maaf


Definisi maaf adalah membebaskan seseorang dari sesuatu kesalahan. Semua orang faham dan tahu erti maaf namun untuk diungkapkan sangat susah. Di mana rasa rugi jika kita ungkapkan maaf. Sebenarnya apa yang hendak dikupaskan hari ini bukan mengenai definisi maaf tapi mengenai benarkah kita telah memaafkan setelah diungkapkan kata-kata maaf itu.

Surah Annur ayat ke 22 : 

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta pada orang yang berhijrah pada jalan Allah dan hendaklah mereka memeaafkan dan berlapang dada kesalahan orang itu tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa kamu? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha mengasihani"

Allah s.w.t memerintahkanmu agar membina hubungan yang harmoni ketika menjalani kehidupan. Kita harus saling menyedari kesilapan diri kita sendiri seterusnya berusaha mendekati orang yang pernah kita maafkan. Kita bukanlah orang yang lemah jika memberi maaf. Bahkan kita telah jauhkan permusuhan yang boleh memecah belahkan kita.

Kadang-kadang kita marah sebab salah faham yang hanya disebabkan kegagalan komunikasi yang baik. Contoh : Si A hanya bergurau tapi Si B ambil serius dengan gurauan kita. Si A perasan Si B dah berubah muka lalu dia meminta maaf tapi si B ni buat tak tahu. Almaklumlah, dengan dalam keadaan geram dia bagilah respon macam tu. Apa-apa pun Si A tahu tu kesalahan dia. Apa lah salah kita memberi maaf. Jangan terlampau ego. Jadi Si B pun boleh mohon maaf sebab keegoannya tadi. Kedua.duanya akan memberi senyuman selepas mengungkapkan kata maaf ni. Betapa besar kuasa "MAAF".

Konklusinya, kita tidak rugi apa pun jika kita meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain. Ikatan silatulrahim kita sentiasa harmoni. Dalam pada itu, kita dapat membina kenangan-kenangan indah dalam hubungan yang terpelihara itu. Marilah sama-sama kita ringan-ringakan bicara kita dengan maaf. Insyaallah....

Tuesday, December 18, 2012

Perempuan


Selamat pagi...

Syukur alhamdulillah kita diberi nafaz bila bangun tadi...:)
Tengah sarapan pagi tadi ada perbincangan sedikit sesama keluarga.
                     
                             .....  Kualiti Perempuan Sekarang.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,indah,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkokmenghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga mampu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Tapi, tidak semua bunga mampu menarik sang kumbang...

Antara dibincangkan pagi tadi, kenapa dengan perempuan sekarang?apa yang menjadi bualan kami?Kualiti perempuan sekarang diluar,dipandangan mata kasar sangat indah. Cantik bila berpakaian. Cantik bila melangkah keluar rumah. Cantik bila berada diluar. Tapi bila dikaji,bila kenal,bila sudah mendirikan rumah tangga tidak secantik seperti dilihat. Tanggungjawab sebagai wanita hilang entah ke mana. Mengemas tidak pandai, memasak tidak pandai, menguruskan rumah tangga tidak pandai. Masa sembang-sembang saya jadi segan bila di katakan perempuan zaman sekarang itulah kualitinya.

Bila tengah memandu tadi muhasabah diri sekejap. Merenungi setiap bait kata-kata emak dan abang. Ada benar kata mereka. Perempuan sekarang memberikan alasan kerja. Jadi tidak sempat kemas rumah, memasak dan menguruskan rumah tangga. Bila di bagi contoh, kawan emak nad, kami kenal dari anak dia 2orang sampai anak dia 4orang sekarang. Dia bekerja di pejabat JPJ. Dia mampu mengekalkan kekemasan rumah macam dia suri rumah. Hebat betul. Rumah dia bersih. Bila di tanya "mcm mana makcik jaga rumah?kan bekerja.tak penat ke?" Lalu dia jawab "Tiap-tiap pagi makcik bangun pukul 4pagi untuk siap mengemas,sarapan dan anak-anak. balik kerja masak dan pukul 9malam makcik confirm dah tidur". Itulah tips-tips dia. Mampu ke kita lakukan macam dia?

Sama-sama kita renungkan. Bagi nad sekarang tidak boleh "judge" seseorang itu pembersih atau pengotor melalui penampilan tapi melalui pelbagai sudut. Bak kata emak "ko ingat orang pakai lawa tu pandai jaga rumah tangga ke?orang kenal kita tengok rumah tangga. Jangan nak pkai lawa je tapi rumah bersepah"......Awal-awal pagi sudah dapat syarahan..

Apa-apa pun perkongsian hari ini nad share sebagai peringatan diri sendiri dan untuk semua. Insyaallah...:)
Sama-sama kita tingkatkan kualiti masing-masing untuk jadi wanita yang hebat.


   "  Gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan      bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan yang sempurna adalah pemilik sang Pencipta kita. Manakala kecacatan dan kekurangan adalah ciptaan manusia itu sendiri.."


Perkongsian sebelum lena......................................

13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

sama2 kta beramal dan istiqamah...;)

Monday, December 17, 2012

Yakin


Bismillahirahmanirahim.............

Hala tuju hidup selepas belajar..
Setiap pagi bangun hanya memikirkan ke mana hala tuju  kehidupan selepas ini. Teruskan bekerja atau sambung pangajian. Ya Allah, buntu memikirkan hala tuju yang tidak jelas. Selepas direnung, dikaji, mungkin ini adalah keputusan terbaik yang dibuat. Membuat sesuatu yang baru. Luar dari kehidupan sebagai pemegang Diploma Akauntasi. Borang sudah dihantar. Mengharapkan jawapan terbaik untuk diri ini. Insyaallah dapat aku menimba ilmu itu..;)